Saturday, October 29, 2011

Conversations Over Sunday Breakfast

Conversations Over Sunday Breakfast
Posted in Blog • Community on October 22nd, 2011 by Najib Razak | View Comments

If I had one wish for Malaysia’s future it would be this: that we stopped thinking about which group, or which state, is up or down, and we all thought about what is in the best interests of Malaysia’s future.
Of course, I do not mean we should abandon our policy of ensuring that the proceeds of economic growth are shared fairly amongst all the people of Malaysia, or that we correct the historic imbalances. But I do mean that we should not think of policies designed to do that as anything but in the interests of all Malaysians.
On Sunday 9th October, I went out for breakfast with my wife and daughter at Village Park, Uptown Damansara Utama. I didn’t do this as some sort of big media event, but because I wanted to try some popular breakfast eateries in The Klang Valley, and because I wanted to hear the views of people on the ground.
When I meet the Rakyat in such informal settings I find their concerns often are very different from some of the issues raised in Parliament. In there, where the emphasis is on point scoring, the focus can often be on trivial matters that really do not matter so much to people in our towns, cities and kampungs.
People I meet are clear about what really matters. They are worried about the impact of global economic uncertainty on the cost of living. They are working hard to give their children the best start in life and want to know what more they can do to help their kids get along in a world that is changing faster than ever before. And while they see our elders live longer and healthier lives they are also concerned about what burdens that may place on them and how they can help their parents live independent and happy lives for as long as possible.
It is a pity we do not discuss these issues from these perspectives rather more in parliament. Then people might have a greater respect for politicians. But I guess for some politicians the only way they can operate is to run the country down and focus on whatever issue, no matter how petty, they can find to advance their sectional cause. That is their right, of course. In a democracy politicians set out their stalls and the voters make a choice.
In any case, I hope the 2012 Budget shows that we were listening to what the Rakyat said about the big issues. It is not a give away Budget, as some have suggested, because, in fact, we aim to cut the level of government borrowing.
But it is a Budget that targeted help to those who needed it most. To families with low incomes. To schoolchildren and to sixth formers and university students. And to rural areas that need to share in our economic strength.
Fundamentally, though, the Budget is about Malaysia’s future. I announced new opportunities for foreign investment, a big reform in our civil service and new partnerships with the private sector to develop our infrastructure.
The people I spoke with during that Sunday breakfast said that they were pleased about my Budget plans. But they also wanted to see me follow through on them. Promises are easy to make in politics, it is delivery that is the tough part of the job. I have made it very clear to my office, ministries and agencies implementation is key to the success and harmony for the rakyat.
I know that very well, but my pledge to people on that Sunday and my pledge to all of you is that while distractions come and go, I am fully focusing on delivering this transformation Malaysia needs.
Tags: Budget 2012, Government

Azizfikry 28 October 2011 01:03 AM

It is of course the hope of the rakyat in general - actual delivery speaks louder than political promises. While the ministers and elected YBs who made such promises may be subjected to the normal tear and wear of Malaysian politics, a promise is still a promise. For each promise or pledge, there must be a clear instruction as to the line of authority or chain of command which identifies the actual person or agency responsible and accountable for each stage of its implementation/delivery. Following through each promised budget allocation can be frustrating, especially for a big sum intended to achieve an abstract macro level target, and hence more prone to the 'Bangau oh bangau kenapa ...' syndrome. A mechanism akin to PEMUDAH is deemed appropriate.

Wednesday, October 26, 2011

Budget: Bebanan Rakyat

From Lee Lam Thye (posted on http://yayasan1malaysia.org) October 6, 2011
In The News

Jawapan Kepada Bebanan Rakyat

ShareBELANJAWAN 2012 semakin hampir, dan rakyat memandang kepada Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk melihat apakah bentuk bajet yang akan dibentangkan esok.

Apa yang paling utama bermain di fikiran rakyat kini adalah kadar kos hidup yang semakin meningkat yang memberi kesan berbeza terhadap majoriti penduduk.

Mereka yang mempunyai kadar pendapatan RM3,000 hingga RM5,000 sebulan di kawasan bandar turut merasai kesulitan untuk menguruskan kewangan masing-masing, apatah lagi mereka yang berpendapatan rendah, paling merasai bahangnya.

Dahulu, RM100 cukup untuk membeli-belah di pasar raya untuk tempoh seminggu tetapi kini paling lama ia bertahan tidak lebih dua hari. Harga makanan dan lain-lain keperluan asas turut melambung tinggi walaupun kerajaan berusaha untuk mengawal kadar harga. Kadar utiliti seperti elektrik yang meningkat menambah lagi beban kewangan kebanyakan masyarakat.

Warga emas juga tidak harus diketepikan dan amat memerlukan bantuan yang sewajarnya. Kebanyakan mereka sudah bersara wajib dan tidak mendapat peluang pekerjaan lain dan hanya bergantung kepada pencen KWSP untuk meneruskan kehidupan masing-masing.

Hidup menjadi lebih sukar untuk mereka dan ada yang bergantung hidup dengan anak-anak yang masing-masing turut mempunyai kesukaran dalam menjalankan kehidupan seharian.

Subsidi masih diperlukan, tetapi usaha harus ditegaskan supaya ia lebih efektif dan efisien, contohnya untuk melindungi kepentingan golongan berpendapatan pertengahan dan rendah. Umpamanya subsidi kepada petroleum RON 95 perlu dikekalkan tetapi pihak kerajaan boleh mengenakan cukai jualan/eksais yang lebih tinggi terhadap kenderaan mewah. Langkah ini juga dapat membantu mengurangkan kadar pencemaran dan pembaziran minyak.

Kerajaan telah lama berhajat untuk menambah baik perkhidmatan pengangkutan awam tetapi hasilnya masih tidak merangsangkan. Ia masih dibelenggu masalah tidak menepati masa dan sistem penghawa dingin tidak berfungsi.

Salah satu alternatif yang boleh diamalkan oleh kerajaan adalah memberi subsidi atau geran kepada kerajaan tempatan untuk menjalankan perkhidmatan bas. Langkah lain termasuklah menambah laluan bas, pas bulanan yang lebih murah, dan sebagainya. Pada masa ini, banyak syarikat bas membayar pemandu berdasarkan bilangan perjalanan. Secara tidak langsung, ini akan menggalakkan mereka untuk membawa bas dengan laju serta bekerja lebih masa tanpa mengambil kira daya tahan mereka.

Dengan itu, pemandu bas perlulah dibayar berasaskan gaji asas ditambah dengan komisen berdasarkan penumpang yang dibawa dan bukannya berdasarkan bilangan perjalanan untuk mengelakkan pemanduan melebihi had laju.

Untuk menjadikan Malaysia sebuah negara berpendapatan tinggi, gaji penjawat awam seharusnya dinaikkan. Bagaimanapun, ia memerlukan satu kajian yang dibuat dengan terperinci. Namun demikian, produktiviti dan kecekapan penjawat awam perlulah meningkat dengan kenaikkan gaji. Dalam pada itu, proses kerja patut dikaji semula ke arah pengurangan birokrasi serta mempertingkatkan multitasking.

Di samping itu, inovasi dan kreativiti perlu digalakkan dalam budaya kerja dengan memberi ganjaran yang sewajarnya kepada penjawat awam yang berinovasi dan kreatif. Dalam hal ini, ia bukan bergantung kepada pemberian anugerah inovasi. Langkah lain yang patut diambil kerajaan adalah menjadikan proses mematen sesuatu inovasi atau ciptaan lebih mudah dan murah. Pada masa ini, proses ini terlalu rumit dan mengambil masa lama serta melibatkan kos yang agak tinggi.

Salah satu NKRA yang ditumpukan kerajaan adalah pada golongan miskin di kawasan luar bandar. Malangnya, golongan miskin di kawasan bandar telah diabaikan. Oleh itu, kerajaan tidak boleh mengabaikan mereka dan mereka perlu dibantu melalui program khusus untuk meningkatkan pendapatan dan kebajikan mereka.

Pembiayaan pendidikan kanak-kanak terutamanya di kalangan berpendapatan rendah biasanya menelan sebahagian besar pendapatan mereka. Apa-apa usaha untuk mengurangkan perbelanjaan mereka akan dihargai.

Dari segi perumahan pula, Program Perumahan 1Malaysia untuk pembeli rumah kali pertama dengan pendapatan tertentu (iaitu antara RM3,000 hingga RM5,000) adalah idea yang amat baik. Kita seharusnya mendapatkan lebih ramai pemaju perumahan untuk terlibat dalam program ini dengan memberi insentif seperti pelepasan cukai atau membekalkan tanah yang lebih murah kepada mereka. Dengan penglibatan lebih ramai pemaju, lebih banyak rumah kos rendah dan sederhana akan dapat disediakan untuk golongan berpendapatan rendah dan sederhana. Kedai 1Malaysia merupakan satu konsep kedai yang perlu diperluaskan.

Pelepasan cukai peribadi perlu dinaikkan dari RM9,000 ke RM10,000. Ini akan memberikan lebih manfaat kepada golongan berpendapatan pertengahan. Golongan ini tidak sepatutnya diabaikan ketika kerajaan cenderung membantu golongan miskin.

Pada masa ini, kos prasekolah persendirian adalah tinggi. Biasanya, mereka yang mempunyai anak di prasekolah terdiri daripada pasangan muda yang tidak berpendapatan tinggi, yang mana memberikan implikasi terhadap kedudukan kewangan mereka. Pelepasan cukai untuk mereka yang mempunyai anak di prasekolah perlu ditingkatkan, contohnya, di antara RM1,000 – RM2,000.

Memandangkan barangan makanan merupakan salah satu isu utama kenaikan harga, kerajaan perlu bersedia melabur lebih di dalam sektor pertanian dan pengusahaan makanan bagi menyelesaikan masalah makanan yang makin meruncing di Malaysia.

Pihak kerajaan juga perlu menggalakkan rakyat dengan menyediakan benih dan lain-lain insentif membantu mereka menanam sendiri sayur-sayuran bagi mengurangkan permintaan barangan makanan yang tinggi di pasaran.

TAN SRI LEE LAM THYE
Pemegang Amanah Yayasan 1Malaysia
Utusan Malaysia
6 Oktober 2011

Share and Enjoy:
Tags:

Comments (1)

aziz mohammad says:
2011/10/06 at 3:11 pm
Selain dari golongan miskin tegar & miskin dan penganggur yang akan menjadi lebih menderita, fokus budget hendaklah di sasarkan kepada golongan yang menerima ‘fixed income’. Perbelanjaan berasaskan pendapatan kecil yang malar akan susut nilai dengan kenaikan harga sehingga golongan ini secara diam-diam(kerana selesa dengan pendapatan tetap) akan tergelincir ke dalam jurang kemiskinan.
Termasuk dalam kategori tersebut ialah:
1. Pesara dan pekerja kontrak yang tidak di beri ‘increments’ atau kenaikan.
2. Penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat secara berkala (termasuk Ibu tunggal, orang tua, OKU, kanak-kanak miskin).
3.Penuntut yang bergantung sara hidup kepada biasiswa dan pinjaman pelajaran.
Penyelarasan perlu di buat kepada pendapatan malar tersebut untuk mengambilkira kenaikan kos hidup.